Ustaz Zamihan Mohon Maaf

Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Ustaz Zamihan Mat Zin mengadakan pertemuan dengan pengurusan Syria Care bagi memohon maaf berhubung kenyataannya sebelum ini.

Ia dibuat selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 21 April 2018 mendapati Ustaz Zamihan adalah bersalah dan memerintahkannya selaku defendan untuk membayar ganti rugi dan permohonan maaf kepada plantif, iaitu Syria Care.

Keputusan itu susulan kenyataan Ustaz Zamihan dalam laporan berita bertajuk “Senseless jihad puts Malaysia as violence hub, says Home Ministry officer” pada 27 Jun 2014 yang diterbitkan The Star Online.

Pertemuan dibuat di ibu pejabat Syria Care di Shah Alam, jam 10.15 pagi Selasa dan berlangsung dalam keadaan penuh harmoni.

Media Syria Care

[huge_it_slider id=”344″]

Leave a Reply