KENYATAAN RASMI SYRIA CARE

KENYATAAN RASMI SYRIA CARE

Bebas dari anasir pengganas

Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas (E8) Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (PDRM), mengesahkan rakan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Syria Care di dalam Syria bebas dari sebarang anasir pengganas.

Pengesahan itu mencakupi NGO berikut:

1. Al Ahbab Human Institution
2. Khair for Relief Western Gota
3. Resalat Al Sham Humanitarian Association
4. Emar Al Sham Humanitarian Association
5. Ulfah for Humanitarian Relief
6. Organisation of Tawasso Charity

Dalam surat bertarikh 11 Jun lalu, E8, memaklumkan keputusan itu berdasarkan penilitian yang dibuat pihaknya.

“Sukacita dimaklumkan entiti-entiti ini tidak mempunyai sebarang rekod terkait dengan mana-mana kumpulan pengganas setakat tarikh surat ini dikeluarkan,” petik surat yang ditandatangan Ketua Penolong Pengarah E8, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchy.

Namun begitu, sebagai langkah berhati-hati, E8 meminta Syria Care supaya sentiasa berwaspada.

Siti Sakinah Binti Meor Omar Baki
Pengerusi Syria Care.

Leave a Reply