Syria Care ke Exim Bank Malaysia

15.08.2018

Terima kasih kepada pihak Exim Bank Malaysia yang diwakili oleh En. Zulkipli Md Yunos, En. Syed Muhammad dari ‘Shariah Management Department’ serta En. Ronnie, Pn Tahira dan En. Roshan dari ‘Communications & Stakeholder Management Department’ menerima kedatangan pihak Syria Care.

Tujuan kedatangan ini adalah untuk membentangkan cadangan kerjasama untuk projek terkini Syria Care serta perkongsian ringkas mengenai usaha kemanusiaan Syria Care dan isu terkini yang berlaku di Syria.

Kami turut mengambil kesempatan menyampaikan menyerahkan sijil penghargaan di atas kebersamaan mereka dalam Kempen Ramadan al-Khair 6.0 yang lepas.

Semoga sokongan dan kerjasama ini akan berterusan dan beroleh ganjaran dari Allah SWT. #SyriaCareNews #SyriaCareMedia #SyriaCareProject #KembaraJiwadanKemanusiaanSyriaCare2 #KempenRamadanAlKhair6 #UpliftingSoulandHumanity #IniBukanKerjaMainMain

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *