Travelog MKSC 6.0 : Bendera separa tiang?

Tanggal 15/5/2018 yang lalu, saya dan team kedua tiba di Lapangan Terbang Antartuk, Istanbul utk bergabung dengan team pertama yang telah tiba awal beberapa hari.

Setibanya di sana, saya tertanya-tanya kenapa agaknya bendera Turki diturunkan separa tiang. Apakah ada insiden dalaman yang berlaku yang tidak saya ketahui… Dan rupanya, persoalan ini juga berlegar diruang fikir Helmi, jurukamera yang bersama saya lantas terus dirakam gambar tersebut.

Siasat punya siasat, rupanya kerajaan Turki mengarahkan bendera negara itu diturunkan separuh tiang adalah berikutan insiden serangan yang berlaku ke atas Gaza, Palestine.

Sungguh mereka ini peduli dan cakna isu kemanusiaan hingga ke peringkat negara, bukan sekadar pertubuhan-pertubuhan yang bersuara kecil.

Semangat persaudaraan begitu kuat. Kita juga harus punyai jiwa yang kuat, bukan? 

Maaf, saya sekadar berkongsi antara perkara yang menarik perhatian saya. 

Nurdieana Mohd Mardzi 
Misi Kemanusiaan Syria Care 
Antartuk International Airport

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *