Travelog MKSC 6.0 : Berbuka bersama?

Bahagianya kita berbuka puasa di sini bersama keluarga.

Teringat semasa saya di Syria, puasa yang kedua, kami tiba untuk pengagihan makanan. Kelihatan ramai kanak-kanak sedang bermain sesama mereka. Ada yang tersenyum gembira menyambut kedatangan kami. Masih mengukir senyuman sempurna walaupun kehidupan mereka tak sesempurna mana. 

Apabila kami dah mula mengagihkan makanan, Allahu Akbar, hampir berjujuran air mata saya. Anak2 yang tadinya asyik bermain, kini mereka berebut untuk mengambil makanan, barangkali risau tak dapat makanan masing-masing. Terima apa sahaja makanan yang dihidangkan. Tidak memilih! 

Tak dapat saya bayangkan, sebelum ini, makankah mereka? Atau makan hanya sekadar alas perut? Cukupkah makananmu wahai anak? Saya menahan air mata. Saat itu saya tersedar, betapa banyak nikmat untuk saya di sini. Makanan pelbagai jenis dan boleh dipilih ikut suka. 

Tetapi hakikatnya, nikmat ini sebenarnya ujian buat saya dan kita semua. Bersyukurkah kita? Adakah kita turut berkongsi nikmat yang kita peroleh? 

Lihat dengan mata hati. Bantulah mereka supaya mereka juga dapat makan seperti mana kita di sini. Sedikit yang kita bantu, membawa seribu bahagia buat mereka. 

Nurul 
24 Mei 2018
Team Misi Kemanusiaan Syria Care 6.0

Leave a Reply