Travelog MKSC 6.0 : Kekuatan Luar Biasa

Kekuatan Luar Biasa 

Perjalanan kami telah menemukan kami dengan keluarga Sumayyah dan Fatimah. Mereka adalah dua beradik yang tinggal bersama bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Suami Sumayyah telah tiada. Terkorban akibat dibunuh dan disembelih oleh gerila IS suatu ketika dahulu. Entah bagaimana agaknya penerimaan mereka tentang kekejaman ini, sukar kami nak tafsirkan.

Kami temui mereka. Selain menyampaikan sumbangan kiriman rakyat Malaysia yang budiman, kami hadir memberi sokongan dan kekuatan.

Mereka tidak putus-putus mengucap syukur sambil mendoakan kami dan rakyat Malaysia.

Sebelum melangkah pergi, setiap daripada mereka bersalam dan memeluk kami dengan erat. Aura kekuatan mereka yang luar biasa memberi semangat kepada kami untuk terus mengangkat usaha-usaha kemanusiaan sejagat.

Semoga Allah melindungi kalian.

Nurdieana Mohd Mardzi
17/5/2018
Syria

Leave a Reply