Travelog MKSC 6.0 : Bahagia dan Memberi Bahagia

Bahagia dan Memberi Bahagia

Ketika foto ini diambil, saya dan team Syria Care baru sahaja selesai mengagih-agih juadah untuk berbuka puasa kepada pelarian Syria serta warga tempatan.

Hati tersentuh tatkala melihat kesungguhan dan keterdesakan mereka untuk mendapat bekalan berbuka. Lebih sayu lagi apabila melihat kanak-kanak yang menadah bekas-bekas kosong untuk mendapat bekalan.

Namun, wajah-wajah kecil ini bertukar bahagia tatkala bekas-bekas kosong mereka telah terisi dengan juadah berbuka. Dalam kepenatan teramat, kami juga terasa bahagja yang luar biasa. Akur dengan fitrah, apabila kita memberi bahagia, pasti kita sendiri akan turut berbahagia…

Sebelum berbuka kami raikan kanak-kanak ini untuk bergambar bersama. Ada yang terus berlari ke arah kami, ada yang malu-malu untuk tampil malah ada yang melihat gelagat kami dari jauh saja.

Biarlah. Biar gambar ini berbicara. Bahagia ini bahagia yang luar biasa.

Hati saya menangis. Menangis bahagia.

Nurdieana Mohd Mardzi
16/5/2018
Kilis, Turki

Leave a Reply