JELAJAH KEMANUSIAAN IPT SYRIA CARE DI UNISZA

Program Solidariti Ummah yang berlangsung di Dewan Al Muktafi Billah Shah Universiti Sultan Zainal Abidin pada 30 Mac 2018 yang lalu antara salah satu usaha untuk meningkatkan kesedaran dan kecaknaan tentang isu kemanusiaan Syria.

Program yang dianjur oleh pelajar Sains Sosial Antropologi & Dakwah semester 4 Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial Gunaan UNISZA ini dihadiri Professor Dr Wan Abdul Aziz, Dekan fakulti tersebut.

Ia turut menampilkan wakil dari Syria Care iaitu Ustazah Siti Sakinah dan Pn. Nurdieana dalam forum Bicara Kemanusiaan dalam menekankan nilai kemanusiaan yang berfokus kepada apa yang berlaku di Syria.

Turut bersama dalam forum tersebut adalah Ustaz Azadan Rabbani selaku Ikon Kemanusiaan Syria Care dan juga moderator, PU Azhar Hilmi.

Segmen ini dikendalikan oleh Syria Care sempena siri Jelajah Kemanusiaan IPT 2018 @ UNISZA.

Program diserikan lagi dengan persembahan daripada penyanyi Lah Ahmad dan Black Hanifah.

Pada akhir program, barisan panel penceramah dan dua artis jemputan dihargai dengan serahan pingat Anugerah Kesukarelawan Global daripada pihak UNISZA sendiri sebagai pengiktirafan atas kerja-kerja kemanusiaan yang telah digerakkan.

#JKIPT2018 #SCEvents #syriacareXunisza #SyriaCareforhumanity #IniBukanKerjaMainMain

[huge_it_slider id=”161″]

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *