Mini Showcase | Humanitarian Mission 2018 @ IIUM

Mendekati mahasiswa dalam menyebarkan kecaknaan isu kemanusiaan di Syria diteruskan melalui Mini Showcase bersempena dengan Jelajah Kemanusiaan IPT 2018 di Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM), Gombak.

UIAM adalah lokasi kedua dalam siri jelajah ini.

Konsert mini yang bertempat di Main Auditorium itu menampilkan selebriti terkenal seperti Khai Bahar, Ikhwan Fatanna, Ustaz Azadan (Rabbani) dan Azhar Hilmi yang menjadi ikon kemanusiaan Syria Care.

Tidak dilupakan serahan sumbangan hasil kutipan ahli Khai Bahar Empire yang disampaikan oleh Naib Presidennya untuk manfaat rakyat Syria pada Ramadan akan datang, Terima kasih diucapkan kepada Ahli Jawatan Kuasa Sekretariat Rukun Negara Universiti Antarabangsa Islam Malaysia yang bertungkus lumus menjayakan program kerjasama kali ini dan juga para hadirin yang turut memeriahkan konsert semalam.

Selain berhibur sambil beramal, diharapkan mesej kemanusiaan yang disampaikan melalui penganjuran program ini diterima oleh kepada semua yang hadir.

#JelajahKemanusiaanIPT #HumanitarianMission2018 #SyriaCare #NARRecords #SRNxIIUM #IIUMFM #TabungKemanusiaanSyriaCare #IniBukanKerjaMainmain

[huge_it_slider id=”160″]

Leave a Reply