WABAK PENYAKIT ANCAM TIMUR GHOUTA

Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) mengesahkan saki baki penduduk Timur Ghoutah yang masih berada di situ berdepan dengan risiko wabak penyakit berjangkit.

Menurut laporan, kelemahan sistem kumbahan dan kebersihan di kalangan orang awam khususnya di ruang bawah tanah yang menjadi tempat perlindungan, boleh menjadi faktor yang penyumpang kepada penularan.

Kata agensi PBB itu lagi, keadaan di kawasan berkenaan amat dahsyat dengan makanan yang terhad.

“Berdasarkan laporan dengan nisbah kebiasaan roti yang dimakan sehari, ia dapat bertahan sehingga 10 hari, ” katanya yang dipetik dari Middle East Eye.

Sebahagian besar 400,000 penduduk Timur Ghouta terus berada dalam kawasan itu berada dalam keadaan amat dhaif selepas dikepung tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya sejak lebih lima tahun lalu.

Keadaan mereka bertambah kritikal selepas serangan menggempur kedudukan kumpulan penentang dipertingkat sejak 18 Februari lalu yang mengorban hampir 2,000 nyawa.

Menurut Syrian Observatory for Human Rights (SOHR), sejak minggu lalu, jumlah orang awam berpindah keluar memasuki kawasan Hamouriya yang dikuasai tentera kerajaan dalam tempoh 72 jam hanya sekitar 50,000 orang.

Sehingga Ahad, pertempuran sengit masih berterusan dan sebarang usaha masyarakat antarabangsa melalui Majlis Keselamatan Perrtubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghentikannya dengan gencatan senjata tidak membuahkan sebarang hasil.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *