UNISEL JADI DESTINASI PERTAMA JKIPT

Universiti Selangor (UNISEL) menjadi lokasi pertama bagi program Jelajah Kemanusiaan IPT Syria Care yang bermula secara rasmi pada 16 Mac 2018.

Ia dijalankan bersempena Hari Terbuka Universiti Selangor 4.0 yang bermula pada 16 hingga 18 Mac 2018 dan pada masa yang sama Syria Care menganjurkan Bicara Kemanusiaan yang dikendalikan oleh Pencetus Ummah(PU) Azhar Hilmi bersama tiga orang panel iaitu Pengurus Kanan Syria Care, Nurdieana Mohd Mardzi, Ikon Skuad Syria Care, Ikhwan Fatanna dan Penasihat Kehormat (Pendidikan) Syria Care, Prof Madya Dr Mohd Nor.

Program Jelajah Kemanusiaan IPT ini dijalankan bertujuan untuk menyebarluas maklumat serta perkembangan terkini kepada mahsasiswa serta rakyat Malaysia mengenai bencana kemanusiaan terburuk di Syria.

Menurut Nurdieana, UNISEL menjadi pilihan lokasi pertama JKIPT berikutan respon awal yang diberikan dalam usaha gerak kerja untuk menjayakan program ini”.

Pelantun lagu Bismillah iaitu Ikhwan Fatanna menyatakan bahawa, lakukan kebaikan walau hanya menekan butang ‘share’ terhadap apa jua berita yang disiarkan oleh Syria Care kerana mungkin perkongsian itu memberi manfaat yang besar kepada rakyat Syria.

Selain itu, Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Mohd Nor amat berharap agar golongan mahasiswa tidak meminggirkan isu kemanusiaan kerana ianya mencerminkan keperibadiaan para pelajar yang ada sikap ingin tahu serta prihatin terhadap manusia lain.

Pengunjung hari terbuka turut dihiburkan dengan persembahan daripada artis muda iaitu As’ad Motawh. Untuk maklumat, jelajah ini akan diteruskan lagi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 28 Mac 2018.

[huge_it_slider id=”149″]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *