PEMITAS SERAH SELIMUT

Pejabat Syria Care dikunjungi oleh wakil Pertubuhan Ekonomi Wanita Selat Klang Selangor (PEMITAS) iaitu Puan Aniss Zuryanee Mahadi, Pengerusi dan juga Puan Norlena Nayan selaku Timbalan Pengerusi untuk menyerahkan selimut crochet hasil kreativiti ahli pertubuhan tersebut.

Subhanallah.

Kami sangat teruja apabila dimaklumkan bahawa selimut crochet ini dihasilkan oleh gabungan kerja tangan ahlinya di seluruh Malaysia sejak November 2017 untuk diserahkan kepada pelarian Syria melalui Syria Care.

Terima kasih kepada seluruh ahli PEMITAS yang telah bekerjasama dalam menghasilkan selimut comel ini.

Semoga Allah memberkati semuanya dalam usaha mereka menggembirakan saudara mereka di Syria.

#TabungKemanusiaanSyriaCare #IniBukanKerjaMainmain

[huge_it_slider id=”151″]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *