TENTERA BASHAR RAMPAS BANTUAN PBB

Tentera regim Bashar al Assad dilapor menggeluarkan lebih 70 peratus bantuan peralatan perubatan yang dibawa konvoi kemanusiaan ke Timur Ghoutah.

Kejadian itu disahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kenyataannya pada Isnin.

“Semua peralatan penting, pembedahan, dialisis dan insulin telah ditolak oleh pihak keselamatan,”kata WHO melalui email yang dihantar kepada agensi berita Reuters.

Katanya, kesemua peralatan penting itu telah dipunggah ketika pemeriksaan dibuat.

Setakat ini, berpuluh trak dilapor telah berjaya memasuki Douma.

Salah seorang pegawai kanan PBB yang menyertai misi penghantaran kemanusiaan bagaimanapun meluahkan rasa kecewa kerana ia telah dicabul regim Bashar dan konco-konconya.

Mengikut persetujuan yang dicapai pada Ahad lalu, Damsyik dikatakan telah menyatakan persetujuan bahawa proses penghantaran dibuat dalam keadaan aman.

Ketika konvoi berkenaan menghala ke kawasan di Timur Ghoutah semalam, tentera regim dan sekutunya berterusan melancarkan serangan sehingga mengorban sekurang-kurangnya 68 nyawa orang awam.

“Kita perlu memastikan bahawa kita boleh menghantar bantuan kemanusiaan dalam keadaan yang baik,” kata pegawai PBB, Ali al-Zatari kepada Reuters.

Sehingga Selasa, lebih 709 jiwa menjadi korban pembunuhan Bashar dan konco-konconya sepanjang siri serangan udara dan pengeboman besar-besaran di buat ke atas kawasan berkenaan, sejak awal Februari lalu.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *