KANAK-KANAK SYRIA JADI PERISAI MANUSIA-UNICEF

Kanak-kanak yang berada di kawasan konflik di Iraq, Syria dan Yemen berada dalam keadaan terkejut paling teruk sepanjang 2017.
 
Pengarah Program Kecemasan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Manuel Fontaine, berkata, kelompok itu telah menjadi sasaran dan terdedah kepada serangan serta keganasan di rumah, sekolah dan taman permainan.
 
“Serangan ini berpanjangan tahun demi tahun kita tidak boleh berdiam diri. Keganasan sebegini tidak boleh menjadi perkara biasa yang baru,” katanya dalam kenyataan.
 
Menurut UNICEF, pertempuran selama 1,000 hari di Yemen telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 5,000 kanak-kanak terbunuh manakala 11 juta lagi perlukan bantuan kemanusiaan.
 
Krisis yang berlaku di negara hujung Semenanjung Tanah Arab itu juga menyebabkan hampir 400,000 kanak berdepan dengan kekurangan zat makanan yang kritikal dan akan berdepan dengan maut sekiranya tiada langkah segera diambil.
 
Konflik berdarah turut menyebabkan hampir enam juta kanak-kanak di Syria memerlukan bantuan kemanusiaan di mana separuh dari jumlah berkenaan terpaksa menjadi pelarian.
 
Begitu juga di Iraq, pertempuran sengit antara tentera kerajaan yang disokong Amerika Syarikat dengan IS menyebabkan lima juta kanak-kanak tidak mendapat bekalan air bersih, penjagaan kesihatan dan juga keadaan hidup yang selamat.
 
Lebih teruk, mereka telah dijadikan sebagai perisai manusia, terperangkap dalam kepungan, menjadi mangsa serangan penembak curi dan hidup dalam keadaan yang penuh dengan keganasan.
 
Menurut laporan yang dikeluar pada Khamis, rogol, kahwin paksa, pencabulan wai ma perhambaan menjadi kebiasaan di ketiga-tiga negara berkenaan.
 
 
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *