Sayyidati Kosmetik bakal jalin kerjasama dengan Syria Care

Sayyidati Cosmetic melihat prospek untuk menjalin kerjasama perniagaan atas talian dengan Syria Care.

Perkara itu disampaikan pengasasnya, Shara Ahmad ketika mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki di Shah Alam pada Rabu.

Dia yang ditemani suaminya, Syed Sirabani Al-Junied melihat kerjasama itu nanti akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak khususnya kerja-kerja kemanusiaan yang dijalankan Syria Care.

Dalam usahanya menjana pendapatan sendiri, ia menggunakan platform perniagaan atas talian, SC Shoppe dan souqina.my sebagai medium untuk memasarkan barangan produk usahawan tempatan.

#SCNews 

Leave a Reply