Masjid Syeikh Ali As Soubuni Di Latakia, Syria

Masjid Syeikh Ali As Soubuni yang terletak di Latakia, Syria telah siap sepenuhnya dan telah pun diimarahkan oleh penduduk setempat.

Untuk pengetahuan semua, pembinaan masjid ini adalah hasil sumbangan dan waqaf rakyat Malaysia sepenuhnya melalui Syria Care.

“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji.

Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui” [Al-Baqarah, 261] Jazakumullahu khair kepada semua yang terlibat dalam pembinaan masjid ini.

Semoga amal yang baik ini menjadi asbab untuk kita ke Jannatul Firdaus kelak.

#SCNews

[huge_it_slider id=”84”]

 

 

Leave a Reply