PESERTA KEMBARA JIWA & KEMANUSIAAN SYRIA CARE KE ISTANBUL

Seramai 40 orang peserta Kembara Jiwa & Kemanusiaan Syria Care selamat berangkat menuju ke Istanbul, Turki hari ini Selasa, 31 Oktober 2017.

Kembara ini diketuai oleh Pengurus Kanan Syria Care, Pn Dieana Mardzi bersama Pembimbing Umrah dari Persada Global Holidays, Ustaz Amirudin Ismail yang mana kembara ini juga turut melibatkan beberapa selebriti terkenal tanah air iaitu Khai Bahar, Ustaz Azadan Rabbani dan Suffian Amrin Saujana sekali gus menjadi ikon kembara.

Objektif utama kembara ini adalah untuk menyantuni anak-anak pelarian Syria yang berlindung di bumi Istanbul dan seterusnya mengerjakan ibadah Umrah di Mekah.

#SCNews 

[huge_it_slider id=”67″]

 

Leave a Reply