Sidang media Kembara Jiwa & Kemanusiaan Syria Care – 9 Mei 2017 – TH Hotel

Dari kiri Ustaz Amirudin dan Haji Muhammad Shahir Ibrahim dari Persada Global Holidays, Saudara Khai Bahar dan Encik Kamaluddin Mohd Kasim dari NAR RECORDS, Puan Nur Diena Mohd. Mardzi dan Ustazah Sakinah dari Syria Care bergambar selepas sidang media berlangsung hari ini.
Kembara Jiwa & Kemanusiaan Syria Care ini adalah inisiatif bersama antara Syria Care dan Persada Global Holidays serta disokong oleh NAR Records bagi memberikan suatu kelainan kepada sebuah perjalanan menunaikan umrah. 
 
Kembara ini adalah satu pengembaraan luar biasa yang merentasi sempadan jiwa dan kemanusiaan. Uniknya kembara ini, kerana ianya bertujuan meraih sifat kehambaan serta mengangkat naluri kemanusiaan dalam setiap jiwa yang menyertai. 
 
• Menyusuri bandar bersejarah Istanbul dan melihat keindahan serta keunikannya. 
• Menziarahi institusi pendidikan sekolah anak-anak Syria di Istanbul. 
• Menyantuni anak-anak yatim pelarian Syria. 
• Wacana ilmu bersama tokoh ilmuan dari Syria serta sesi ramah mesra bersama pelajar Maahad Al-Fatih. 
• Menunaikan umrah dengan perkhidmatan premium. 
• Menziarahi tempat-tempat bersejarah di Mekah dan Madinah. 
• Siri tazkirah sepanjang berada di Haramain(Mekah & Madinah). 
• Aktiviti bersama personaliti-personaliti sepanjang program Kembara Jiwa & Kemanusiaan Syria Care. 
 
Aktiviti-aktiviti ini pada kami sangat penting bagi mencetus garapan jiwa kemanusiaan kepada ahli rombongan serta membuka lembaran kesedaran serta persepsi terhadap isu dan bencana kemanusiaan yang berlaku di Syria. 
Bencana di Syria digambarkan sebagai bencana kemanusiaan terburuk abad ini. Syria Care sepenuhnya mengambil tanggungjawab dalam menggerakkan aktiviti serta usaha-usaha kemanusiaan bagi menyalurkan sumbangan dan bantuan kepada rakyat Syria yang menjadi mangsa dinegara sendiri. 
 
Syria Care juga membuka ruang kepada para penaja anak yatim dibawah Projek Tajaan Anak Yatim Syria Care untuk bersama menyertai kembara ini dengan harga yang istimewa sebagai penghargaan kepada para penaja yang telah menyokong Syria Care dalam menyantuni anak-anak yatim yang berada di dalam Syria. Para penaja ini telah membiayai kos sara hidup anak-anak yatim bagi memberi sebuah kehidupan yang lebih baik kepada mereka. Persada Global Holidays sangat menyokong usaha ini dengan menyediakan pakej pengembaraan yang istimewa bagi memastikan kembara ini berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan pengalaman mengendalikan pelbagai program umrah dan ziarah, gabungan dan kerjasama ini inshaAllah adalah yang terbaik. NAR Records sememangnya adalah satu jenama label rekod yang tidak asing lagi dalam inudstri muzik. Mereka menyokong sepenuhnya perlaksanaan ini dengan membawa keterlibatan artis popular dibawah naugan mereka iaitu saudara Khai Bahar untuk turut sertai kembara ini. 
 
Alhamdulillah, bukan sahaja saudara Khai Bahar yang akan bersama kembara ini, turut bersama ialah Ustaz Azadan dari Kumpulan Rabbani serta ustaz Amirudin Ismail dari Persada Global Holidays yang akan membimbing sepanjang kembara.
 
Semoga dengan sokongan dari semua pihak, kembara ini akan mencapai objektif utamanya iaitu membina jati diri manusia dan mengangkat kemanusiaan. 
 
UPLIFTING SOUL & HUMANITY
Sesi sidang media
Barisan staf Syria Care bergambar dengan saudara Khai bahar setelah tamat sesi sidang media.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *