Misi Kemanusiaan BMS 4.0 : Ziarah Maahad Al-Imam An-Nawawi (2016)

Pada 25hb yang lalu,sewaktu menjalankan Misi Kemanusiaan Syria Care 4.0 Ustazah Siti Sakinah serta krew Awani Encik Nazri Kahar dan Encik Sallehin Hussain telah mengambil kesempatan menziarahi Maahad Al-Imam An-Nawawi di Reyhanli HatayCawangan Turki Maahad ini mempunyai 57 cawangan kesemuanya. Komuniti rakyat Syria walau di mana pun mereka berada sangat menitik beratkan pendidikan buat anak bangsa mereka.lantas usaha untuk menubuhkan maahad ini pun dijalankan. Maahad ini diasakan oleh Sheikh Ahmad Al-Hasari pada tahun 1961.Beliau meninggal pada tahun 1986.

Sistem pengajian di sini adalah selama 4 tahun dengan matlamat untuk melahirkan duat di kalangan lelaki dan perempuan. Maahad yang diasaskan atas mazhab Asyairah Syafie. Maahad yang bercawangan di Reyhanli ini baru mula 3 bulan yang lalu dengan 8 orang guru dan 5 orang pentadbir.Apa yang sangat menarik perhatian ustazah ialah semua guru mengajar tanpa gaji. Masya Allah besar sungguh pengorbanan mereka demi kemajuan anak bangsa.

Di akhir ziarah, Ustazah Sakinah telah menyampaikan bantuan kewangan hasil sumbangan rakyat Malaysia buat pihak pengurusan sekolah. Semoga mendapat membantu mereka insya Allah.

Leave a Reply