Misi Kemanusiaan SC:BMS 4.0(2016)-Ziarah Sheikh Usamah Rifa’ie

Istanbul, Turki. 24hb November, 2016. Misi Bantuan Musim Sejuk 4.0 Syria Care bersama Astro Awani menziarahi seorang lagi tokoh ulamak Syria iaitu Syeikh Usamah Rifa’ie. Beliau juga adalah Pengerusi Ikatan Ulamak Syam, sebuah organisasi yang dianggotai secara eksklusif ulamak-ulamak terbilang dari bumi Syam yang barakah. Banyak perkongsian dan persoalan yang dijawab oleh tokoh ulamak ini diantaranya ialah persoalan mengapakah Bashar al-Assad selaku seorang pemimpin dan ketua Negara sanggup memilih jalan membunuh rakyatnya sendiri dari mengikut kehendak rakyat supaya dia dan kerajaannya berundur dari tampuk pemerintahan Negara.

Menurut Syeikh Usamah, ini adalah kerana hakikatnya Bashar sedang mempertahankan kepentingan dan kekayaannya dan keluarganya di Syria dengan menggunakan kuasanya. Menurutnya lagi, keluarga Al-Assad adalah keluarga yang terkaya di Syria hasil dari kawalan kekayaan Negara yang berada di dalam kekuasaan mereka. Isu yang lebih penting lagi berkaitan Bashar ialah bahawa akidah dan agama kepercayaan Bashar adalah agama Nusayriyyah Bathiniyyah. Anutan agama ini tiada kena mengena dengan Islam.

Mereka yang menganut agama ini adalah kafir di sisi Islam dan sama sekali bukan Islam. Berkaitan pembabitan Iran di dalam konflik ini, katanya Iran sedang berusaha untuk membangunkan semula pengaruh dan penguasaan Parsi yang suatau ketika dulu menjadi paksi kuasa di Asia Barat. Begitu juga dengan pengganas komunis Rusia yang mana mereka sebenarnya mahu membuktikan kepada dunia bahawa Rusia sehingga kini masih lagi relevan sebagai salah sebuah kuasa besar dunia walau hakikatnya mereka telah kalah di dalam perang dingin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *