Misi Kemanusiaan : BMS 4.0(2016) – Maahad Sheikh Abdurrazzaq

Al-Fatih, Istanbul, Turki. 23hb November, 2016. Rombongan misi Bantuan Musim Sejuk 4.0 yang diketuai oleh Pengerusi Syria Care sendiri, Ustazah Siti Sakinah binti Meor Omar Baki bersama krew Astro Awani menziarahi Ma’ahad Syeikh Abdul razak Al-Halabiy di kawasan Al-Fatih, Istanbul, Turki. Ma’ahad ini adalah salah satu dari institusi pendidikan dan pengajian ilmu yang ditaja oleh rakyat Malaysia melalui Syria Care bagi memastikan proses kesinambungan pendidikan dan ilmu sentiasa berterusan mahupun mereka menjadi pelarian di bumi asing. Semoga nanti generasi ini akan menjadi penyambung legasi ilmu dan hikmah bagi membela akidah dan risalah yang dibawa oleh habibuna junjungan mulia Rasulullah saw di bumi Syam yang barakah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *