Misi Kemanusiaan: BMS 4.0-Ziarah Madrasah Izzah

25 November 2016. Reyhanli Hatay,Turki. Misi Kemanusiaan Syria Care 4.0 (2016). Sewaktu berada di Reyhanli Hatay,Turki Ustazah Sakinah telah mengambil kesempatan untuk meninjau aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh para pelarian Syria di kawasan sempadan Syria Turki ini. Ustazah menceritakan bahawa beliau m iniendapati orang-orang Syria walaupun negara mereka sedang berhadapan dengan peperangan dan krisis kemanusiaan paling dahsyat abad ini adalah satu bangsa yang kuat berusaha dan tidak mudah mengaku kalah.

Pendidikan tetap diberi keutamaan. Madrasah Izzah merupakan salah sebuah sekolah yang beroperasi di kawasan penduduk miskin di kalangna pelarian Syria di reyhanli.bagi memastikan anak-anak ini tidak berkeliaran di jalan raya tanpa pendidikan yang sewajarnya,beberapa orang penggerak sekolah iniberusaha memberikan yang terbaik buat anak bangsa mereka. Walaupun sebahagian guru-guru sekolah ini mendapat gaji dari UNICEF namun ianya sangatlah minimal. Namun yang cukup istimewa adalah walaupun gaji mereka kecil,para guru mengeluarkan wang bagi menampung pengurusan sekolah untuk memastikan kanak-kanak ini mendaoat pendidikan secara PERCUMA.

Pihak Syria Care telah menghulurkan bantuan kewangan bagi pihak rakyat Malaysia bagi menampung kos pengurusan yang terpaksa ditanggung kerana kami percaya pendidikan adalah satu perkara paling utama dalam pembentukan generasi akan datang.

Wang bantuan disampaikan oleh Dr.Husamuddin Saraqbi yang merupakan Pengurus pejabat Syria Care di Istanbul. Krew Awani yang terdiri dari En.Nazri Kahar dan jurugambar En. Sallihin juga sempat membuat rakaman di sini.

Terimakasih diucapkan buat semua rakyat Malaysia yang perihatin kerana memungkinkan kami melaksanakan amal ini. Barakallahu fikum.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *