Misi Bantuan Musim Sejuk 4.0 (2016)-Ziarah NGO Resalet Shaam

Istanbul, Turki. 24hb November, 2016 Misi Bantuan Musim Sejuk 4.0 Syria Care bersama Astro Awani menziarahi sebuah NGO rakan kerjasama Syria Care iaitu Resalat Sham.

NGO ini bertanggungjawab melaksanakan beberapa projek Syria Care di dalam sempadan Syria bagi menyantuni mangsa bencana kemanusiaan yang masih lagi tiada jalan selesai.

Mereka beribupejabat di Istanbul Turki dan mempunyai rangkaian pelaksana projek bantuan di dalam sempadan Syria yang mana kawasan ini masih lagi berada di dalam kepungan Rejim Bashar al-Assad.

Kunjungan Syria Care juga adalah bagi melancarkan pengendalian pentadbiran dan koordinasi antara Syria care dan juga Resalat Sham.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *